website

Kredibiliti perlu ada dalam sesebuah perniagaan. Ia sangat penting terutama sekali kepada peniaga online disebabkan tiada perjumpaan face-to-face dengan pelawat yang pergi ke website. Bila berniaga secara online penting menunjukkan anda seorang yang boleh dipercayai dalam website anda.

Kredibiliti adalah kunci kejayaan dalam membina jenama dan bisnes online. Tanpa kredibiliti, anda akan struggle menjadikan pelawat website anda ke pelanggan sebenar.

Sekarang kita berada dalam dunia yang didominasi oleh internet – shopping, booking tiket, order makanan, main game dan beli barang dan servis secara online. Ini menunjukan pengguna semakin berpengetahuan dalam dunia online lagi-lagi bila tidak melibatkan cash. Pengguna lebih berhati-hati dalam menyerahkan wang kepada sesiapa. Itu sebab trust penting.

Ini adalah 8 cara yang boleh membina kredibiliti dalam website anda.

Profesional Design

Cara pertama untuk menunjukkan website anda kredibiliti dan dipercayai adalah dengan mempunyai design website yang profesional.

Kebanyakan bisnes kecil kurang beri perhatian dalam melabur design yang bagus untuk website mereka. Design adalah perkara pertama yang pengunjung akan lihat bila pergi ke website. Sekiranya design website nampak tak menarik dan tak up to date, boleh beri impression yang kurang.

Design yang moden dan profesional akan beri lebih kredibiliti pada website. Pelawat akan nampak anda melabur pada website anda untuk nampak lebih menarik dan memudahkan pelawat.

Custom domain

Custom domain pastikan menggunakan nama bisnes anda. Ini akan membantu dalam membina trust kepada pelawat website.

Contoh bila anda guna domain percuma seperti mybusiness.wordpress.com atau mybusiness.squarespace.com. Domain ini tak menunjukkan seperti bisnes yang profesional.

Sedangkan, anda boleh dapatkan domain anda sendiri dengan harga hanya kurang dari RM 55.

Fix website yang broken

Anda perlu peka dengan setiap error dalam website. Cari sedikt masa untuk check kualiti website anda dari broken link dan error mesej.

Post blog anda

Kerap post blog mungkin nampak macam tak penting terutama bila rasa macam tiada siapa yang mahu baca.

Susah sebenarnya nak stay focus dalam membuat content secara mingguan bila anda ada banyak bisnes task lain yang perlu dibuat.

Tapi blog sebenarnya merupakan aset bagi sesebuah website. Ia membantu mengukuhkan anda dalam bisnes yang anda lakukan. Jika post anda ditulis dengan baik dan ada value, pembaca akan lebih yakin dengan bisnes yang anda akan provide pada mereka.

Tunjukkan yang anda wujud

Siapa yang mahu membeli dari peniaga tanpa wajah dan tidak berjiwa? Kalau saya pun tak mahu. Bila meletakkan wajah dan nama, anda boleh tingkatkan kredibiliti kepada pelawat dan bakal pelanggan.

Cara terbaik untuk menunjukkan anda ni wujud adalah dengan mempunyai page yang membolehkan orang tahu serba sedikit tentang diri dan cerita anda. Gambar yang bagus juga adalah bonus.

Boleh dihubungi

Adakah contact info anda susah nak dicari? Jadi mudahkan pelawat untuk contact anda. Tambah nombor telefon, emel dan alamat anda di website.

Ada testimoni

Testimoni dan customer feedback sangat power. Ia boleh jadi final push yang berpotensi untuk meyakinkan bakal pelanggan dengan bisnes yang anda tawarkan pada mereka.

Testimoni dan review boleh beri lebih personal connection terhadap produk dan servis yang anda tawarkan. Mendengar pengalaman dari orang lain lebih meyakinkan bakal pelanggan.

Media sosial

Adanya media sosial adalah cara ideal untuk menunjukkan anda ada kredibiliti dalam bisnes. Media sosial membolehkan anda untuk berhubung dengan bakal pelanggan anda lebih peribadi. Dengan cara ni menunjukkan anda wujud dan bukanlah robot tanpa identiti.

WebsiteOnline Business

bisnes onlinekredibilitipelangganwebsite

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hi, you can choose to chat with our representative below.

Live Chat With Us Now