Pernah tak anda beli sesuatu produk lepas ada kenalan anda rekemenkan produk tu? Anda beli sebab anda percaya pada kenalan anda. Anda jugak beli sebab kebiasaannya orang yang rekemenkan sesuatu ni, dia dah pernah guna produk tu. Jadi, anda rasa lebih yakin nak beli produk tu jugak. Anda beli disebabkan pengaruh positif yang anda terima ataupun kita panggil ‘social proof’. Daripada ragu-ragu, anda jadi yakin untuk beli.

.

Apa Itu Social Proof?

.

Social proof adalah sasuatu info atau keadaan yang dapat mempengaruhi tindakan seseorang. Dalam bisnes, social proof adalah sesuatu info yang dapat mempengaruhi prospek untuk membuat pembelian. Social proof sangat penting dalam bisnes. Ia adalah satu teknik dan strategi dalam pemasaran untuk tukarkan prospek menjadi pembeli seterusnya meningkatkan jualan bisnes anda. Dalam artikel ni, saya akan kongsikan 6 jenis social proofyang anda boleh terapkan dalam bisnes e-Commerce sebagai strategi untuk meningkat peluang membuat jualan. Jom layan…

.

Jumlah Engagement Iklan

.

Perjalanan prospek ke kedai online anda bermula dari saat diorang nampak iklan yang anda buat. Saya ambil contoh iklan kat Facebook. Kalau anda perasan, jumlah engagement pada post iklan seperti reactions, komen dan share adalah satu social proof yang boleh mempengaruhi audience iklan anda untuk terjebak sama membuat tindakan bedasarkan call-to-action seperti ‘klik link’ atau ‘komen pm’.

.

Semakin kencang engagement iklan anda, semakin kuat daya tarikan iklan anda terhadap audience yang lain. Boleh jadi, ada orang yang ‘terikut-ikut’ untuk komen ‘pm’ sekali tanpa membaca copywriting iklan anda pun. Hanya sebab dipengaruhi orang lain yang ramai komen ‘pm’ dan reactions positif yang tinggi. Jadi, macam mana nak jadikan iklan kita kencang dengan engagement..?? Anda perlu sentiasa perbaiki teknik dan strategi FB Ads yang anda belajar.

.

.

Gambar Atau Video Pelanggan Yang Dah Guna Produk Anda Dalam Iklan

.

Bergantung pada ruang gambar atau video iklan yang anda gunakan, mungkin anda boleh selitkan gambar atau video pelanggan yang dah guna produk anda dalam iklan tersebut. Ia adalah sebagai bukti bahawa ada pengguna lain yang dah guna produk tu terlebih dahulu dan berpuas hati. Ini dapat menunjukkan bisnes anda adalah bisnes yang trusted dan dapat mempengaruhi audience lain untuk membuat tindakan berdasarkan call-to-action iklan tersebut.

.

.

Gambar Atau Video Testimoni Pelanggan Di Halaman Produk

.

Seterusnya, audience yang klik pada iklan anda akan terus ke halaman produk dalam kedai online e-Commerce anda. Kat sini, anda jugak boleh masukkan gambar atau video testimoni pelanggan yang berpuas hati dengan produk tersebut. Samaada gambar atau video pelanggan yang guna produk tersebut ataupun cukup sekadar screenshot Whatsapp pelanggan yang berpuas hati. Ini dapat mempengaruhi prospek untuk membuat pembelian.

.

Review Pelanggan Di Halaman Produk

.

77% prospek akan membaca review sebelum diorang membuat pembelianFeedback dari pelanggan yang lepas dapat memberi info kepada prospek lain samaada bisnes anda adalah bisnes yang trusted dan bagaimana kualiti servis bisnes anda. Daripada review, prospek lain boleh dapat info berkaitan produk yang sebenar, berapa cepat tempoh penghantaran, kualiti servis bisnes anda dan sebagainya.

.

Kalau anda guna platform Shopify untuk kedai online e-Commerce, anda boleh install dan gunakan aplikasi Yotpo Reviews. Ia adalah satu aplikasi review produk yang membolehkan pelanggan anda buat review pasal produk anda dengan mudah.

.

.

Penulisan Blog Yang Berkualiti

,

Teknik lain yang anda boleh buat untuk tunjukkan social proof pada prospek ialah menulis artikel yang berkualiti berkaitan niche bisnes kat bahagian blog dalam kedai online e-Commerce anda. Penulisan anda perlulah sesuatu yang berkaitan niche bisnes anda dan dapat menarik minat audience.

.

Ia dapat membantu tingkatkan kepercayaan prospek terhadap kedai online anda melalui penulisan-penulisan berkualiti yang anda hasilkan. Penulisan blog ni jugak berfungsi sebagai bahan marketing untuk bisnes anda. Anda boleh share atau buat ads menggunakan penulisan tersebut untuk tarik audience ke kedai online anda.

.

Jumlah Followers Akaun Instagram Bisnes

.

Salah satu cara yang paling cepat dan paling mudah untuk tunjukkan social proof ialah jumlah followers atau subcribers yang follow bisnes anda kat social media. Sebagai contoh, followersInstagram, subcribers Youtube dan subscribers email. Apa yang anda perlu buat ialah naikkan followers kat instagram dan media sosial yang lain tersebut.

.

Kemudian, masukkan data-data jumlah followers dan subscribers tersebut kat dalam kedai online anda. Anda jugak boleh buat navigation menu untuk akaun Instagram bisnes dan media sosial yang lain. Kalau prospek nak tahu lebih lanjut pasal bisnes anda, diorang boleh survey akaun media sosial bisnes anda.

.

Kesimpulan 6 Jenis Social Proof Untuk Bisnes e-Commerce

.

Okay, itu sahaja 6 jenis social proof yang anda boleh terapkan dalam bisnes e-Commerce sebagai strategi untuk meningkat peluang membuat jualan setakat ni. InsyaAllah, dalam artikel lain nanti, mungkin saya akan tambah lagi teknik dan strategi social proof yang lain. Apa yang anda perlu beri perhatian ialah orang beli sebab rasa percaya dan yakin.

.

Dengan teknik dan strategi social proof, pengaruh positif yang prospek terima dapat tukarkan diorang dari perasaan ragu-ragu kepada yakin untuk beli. Semoga sedikit ilmu yang saya kongsikan ni dapat membantu anda meningkatkan peluang membuat jualan dalam bisnes e-Commerce!

Cc: shopievo

Ecommerce

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hi, you can choose to chat with our representative below.

Live Chat With Us Now