Ada 4 ELEMEN penting untuk anda tahu dan berjaya dalam perniagaan melalui cara PEMASARAN yang betul.

 

PRODUK

Nak mulakan perniagaan anda perlu tahu apakah produk yang menjadi permintaan orang ramai. Jual produk bukan main suka-suka atau rasa-rasa jer. Kaji apakah trend pasaran. Bisnes ni adalah untuk menyelesaikan masalah orang. Orang beli produk pun sebab nak selesaikan masalah mereka.

Untuk memulakan perniagaan melalui internet ni tak semestinya kena jual produk sendiri. Ramai yang berjaya dengan hanya jual produk orang lain samada secara affiliate, dropship atau jadi agen.

 

TRAFIK

Saya suka tekankan bila anda nak berniaga di internet pastikan anda memiliki website atau minisite. Dengan adanya web anda seperti memiliki kedai sendiri cuma ianya secara maya. Perkara penting selepas ada web ni anda perlulah tarik pelawat atau trafik melawat web anda tadi. Lebih ramai pelawat/trafik lebih jualan anda akan perolehi.

Anda juga perlu tahu ratio mereka yang akan membeli atau kita penggil ‘conversion rate’ iaitu jumlah pembeli dari jumlah pelawat. Katakan ada 100 orang pelawat yang datang ke web anda, berapa peratus anda rasa yang akan membeli? Dari kajian mendapati dari 100 orang kebiasaanya yang akan membeli hanya 2 orang sahaja atau 2%.

Untuk mendapat ramai pembeli anda perlu menarik lebih ramai trafik! Bagaimana caranya? Salah satu adalah menggunakan skill pemasaran facebook.

 

DATABASE

Tak semua pelawat yang datang ke web kita akan terus buat keputusan untuk membeli produk kita. Jadi salah satu senjata penting yang perlu anda tahu adalah teknik Database atau Email Marketing. Tools ini akan membantu anda

• Follow up prospek untuk dapatkan produk
• Memujuk prospek
• Dengan database anda boleh tawarkan produk lain pada masa akan datang
• Anda akan mempunyai sumber trafik sendiri

Anda kena tahu dalam bisnes kita bukan nak menjual hanya sekali pada seorang pelanggan saja tapi nak jual banyak kali! Sebab tu kena ada tools yang menyimpan database pelanggan. Jadilah seorang businessman bukan salesman!

 

AYAT COPYWRITING

Ini pun skill yang perlu anda kuasai! Sepower mana produk anda, sepower mana anda mampu tarik trafik, tanpa ayat jualan yang mantap produk anda takkan terjual! Ayat copywriting atau kita panggil ayat promosi penting untuk memastikan prospek mampu kita tukarkan menjadi pembeli.

Ramai newbie yang selalu buat silap dalam bab ni. Suka menulis ayat promosi dengan cara main hentam jer. Bila mereka menulis ayat promosi di fb 1 like pun tak dapat sebab orang menyampah dengan ayat promosi mereka. Banyak sangat fakta yang membosankan. Ayat promosi ni kena tahu cara yang betul & berkesan baru mampu meningkatkan jualan. Perbanyakkan elemen emosi & faedah produk anda!

Uncategorized

businesscopywritingdatabasemarketingproducttraffic

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hi, you can choose to chat with our representative below.

Live Chat With Us Now