SEO

Korang boleh bermula dengan blog, eCommerce atau informational website, dimana menulis content (SEO Website) sangat penting sekiranya mahu content tersenarai di Google, Bing atau mana-mana enjin carian.

Ini adalah 5 perkara penting ketika menulis content supaya berada di ranking teratas Search Engine Optimization (SEO).

  1. Kenal pasti big idea korang

Dalam penulisan, perlu ada idea yang jelas tentang topik yang korang nak cover. Ini supaya content jelas, ringkas serta memenuhi matlamat. Idea yang jelas dalam fikiran dapat membantu untuk meletakkan keyword yang sesuai dalam pencarian Google.

  1. Kaji keyword

Dengan adanya big idea, korang boleh start kaji keyword yang ditarget dan hendaklah dimasukkan di dalam content. Sekiranya tiada budget untuk dapatkan keyword yang bagus, boleh try tool yang free seperti ‘Keywords Everywhere’ dari Google App Store untuk memudahkan korang. Ini kerana ia mempunyai Google Chrome Taskbar Plugin.

Digital Business Lounge (DBL) pula adalah tool untuk dapatkan data terkini dan ianya adalah multifunction. Korang boleh dapatkan senarai keyword yang kerap orang ramai search dan juga keyword pesaing korang.

Salah satu features (DBL) adalah Competitor Investigation dimana boleh mengawal:

Rankings: Mengesan ranking pesaing (3 laporan)

Backlinks: Cari pages yang link kepada pesaing, bandingkan backlink metric site korang dengan pesaing.

Keyword research: Masukkan URL pesaing dan cari keyword yang terdapat di search engine results pages.

Buzz tracker: Jejak apa yang pesaing mention dalam social network.

  1. Masukkan keywords dalam content

Selepas korang dah tau mana keyword yang terbaik, masukkan keyword tersebut ke dalam content. Pastikan content korang besifat natural. Jika tidak keyword tidak diterima dalam search engine dan sukar untuk orang ramai ikut. Pastikan kepadatan keyword sekurang-kurangnya .07% dalam content korang.

  1. Masukkan link

Kedua-dua link iaitu internal dan external memainkan peranan penting dalam SEO. Link yang terdapat dalam page website akan membantu search engine dalam navigate site korang. Ia juga berfungsi untuk linkkan website lain yang relate dengan content korang tapi tidaklah sekompetitif keyword yang dipilih. Jika ada website yang boleh linkkan ke site anda, search engine menunjukkan content korang sangat baik dan boleh dijadikan contoh rujukan bagi website lain.

  1. Struktur content guna elemen HTML

Struktur content adalah penting. Tag dengan betul di setiap content akan memudahkan search engine kenal pasti keyword dalam page korang. Sekiranya tidak familiar dengan HTML, terdapat tutorial bagi beginner secara online seperti W3C. Banyak content editor secara online membolehkan korang pilih text sebagai ‘heading 1’, ‘heading 2’, ‘paragraph’ dan lain-lain tanpa pengalaman dalam coding HTML.

Uncategorized

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hi, you can choose to chat with our representative below.

Live Chat With Us Now