penjenamaan

 

Langkah pertama untuk mendapatkan brand yang kukuh ialah memahami maksud sebenar penjenamaan. Ia lebih penting daripada kempen pemasaran. Penjenamaan bukan hanya untuk menyampaikan mesej tentang syarikat anda tapi apa yang pelanggan anda lihat. Penjenamaan yang kukuh apabila anda dapat memberi perasaan emosi kepada pelanggan.

Ini merupakan kesalahan penjenamaan yang boleh merosakkan bisnes dan perlu di jauhkan.

  1. Tidak Mengetahui Persona Pembeli

Persona pembeli adalah sifat yang terdapat dalam setiap pelanggan. Persona pembeli perlu ditiberatkan dalam setiap aspek pemasaran anda.

Persona pembeli membolehkan anda tapis pelanggan anda. Bila anda mahu mulakan kempen pemasaran, anda boleh pilih mengikut keperluan persona pembeli. Semua perkara yang anda buat perlu fikirkan kesamarataan persona pembeli anda.

  1. Lemah dalam menyampaikan mesej penjenamaan

Sekiranya anda mahu kongsi core value syarikat anda, anda perlu tahu lebih mendalam tentangnya dan sampaikannya dengan baik. Tanya pada diri sendiri. Kenapa anda mula bisnes anda? Apa kesan jenama anda di luar negara. Bagaimana cara terbaik untuk berkomunikasi dengan orang ramai?

Kenal pasti audien anda adalah permulaan yang baik, tapi anda juga perlu mulakan perbualan dengan audien supaya mereka ingat jenama anda. 48% pelanggan lebih suka untuk membeli dari jenama yang memberi respon yang cepat. Kenali mesej dan value yang hendak disampaikan kepada pelanggan anda.

  1. Imej tidak sama dengan personaliti jenama yang dibawa.

Pernah tak anda teruja dengan satu jenama tapi bila pergi ke website atau media sosial automatik anda rasa tidak berminat. Gambar sebenarnya lagi berharga dari seribu perkataan tapi bila imej tidak sesuai dengan mesej jenama, anda akan hilang peluang penjenamaan.

Identiti jenama terdiri daripada pelbagai elemen termasuklah logo, tagline dan imej. Walaupun tema warna menunjukkan identiti bisnes anda, imej yang anda guna hendaklah melambangkan jenama anda.

  1. Tidak jujur dan telus

Mungkin anda tidak sedar perkara ini tapi jika pelanggan melihat jenama anda tidak jujur dan telus, ini membuatkan mereka tidak mahu berurusan dengan anda. Mengikut kajian, 39% pelanggan menukar ke jenama baru yang mereka rasa telus. Pelanggan mahukan maklumat sebanyak mungkin dan 94% kajian mengatakan mereka akan setia dengan produk yang telus.

Terdapat banyak peringkat untuk menjadi lebih telus. Anda perlu meletakkan maklumat yang terperinci tentang syarikat dan team anda. Selain itu, anda perlu masukkan maklumat lengkap tentang produk atau servis, polisi syarikat dan maklumat untuk dihubungi.

Jika terdapat masalah atau isu tentang produk atau alamat perlu perbetulkan dengan cepat. Perlu jujur dengan pelanggan anda. Beritahu mereka tentang masalah yang dihadapi dan anda akan perbetulkan masalah yang timbul dengan cepat. Bina hubungan yang berterusan dengan pelanggan anda akan meningkatkan kesetiaan jenama anda.

  1. Konten yang tidak konsisten

Konten merupakan aset penting dalam bisnes anda. Terdapat 78% orang ramai merasakan syarikat lebih dipercayai jika mereka sentiasa membuat konten secara konsisten.

Walau bagaimanapun, adakalanya syarikat tidak konsisten dalam membuat konten disebabkan kekangan waktu. Contohnya, anda boleh mulakan blog anda dengan kongsi info yang berkaitan dalam industri anda. Konten yang dibuat hendaklah berkualiti dan dilakukan dengan konsisten.

Jenis konten yang dikongsi di media sosial hendaklah berkaitan dengan apa yang anda offer di website. Sebagai contoh, jangan anda mulakan dengan post lawak jenaka atau gambar yang tak berkaitan disebabkan anda sukakannya. Semua perkara yang anda post di sosial media perlulah bertujuan dan mengikut pelan pemasaran anda secara keseluruhan.

Elak dari kesalahan penjenamaan

Mustahil untuk elak setiap kesalahan penjenamaan. Semakin lama anda berada di dalam bisnes semakin banyak kesalahan yang anda akan buat. Walaubagaimanapun, anda kena sentiasa peka dengan isu penting dalam syarikat. Kunci penjenamaan yang bagus ialah dengan mempunyai matlamat dan kenali jenama anda.

Business

bisnespenjenamaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hi, you can choose to chat with our representative below.

Live Chat With Us Now