Okey harini saya nak share sikit dekat korang 5 tips penting shopping website. Rasa macam semua dah faham dan tahu apa itu shopping website. Tapi saya terang sikitlah. Shopping website ni adalah tempat untuk pelanggan korang beli belah di kedai online korang sendiri. Tidak perlu bersusah payah dan bersesak untuk pergi ke kedai fizikal korang. Semuanya hanya di hujung jari. Cepat dan pantas pulak tu.

Jom kita start 5 tips penting shopping website

  1. Korang perlu ada gambar yang berkualiti

Ini sangat-sangat penting dalam shopping website. Korang perlu labur sedikit untuk dapatkan juru gambar yang profesional. Barulah gambar-gambar korang tu berkualiti. Tak rugi pun sebenarnya malah membuatkan gambar produk korang nampak cantik dan profesional.

Gambar yang ditangkap seeloknya gunalah background putih dan boleh juga di gayakan pada model. Mesti nampak lagi cun. Orang pun tertarik nak beli.

  1. Mempunyai demo produk video/promo video

Sekiranya produk korang ni produk baru eloklah kalau korang buat demo produk video atau video untuk terangkan produk korang. Lagi bagus kalau dapatkan videographer. Mesti lagi awesome video tu. Video tu nanti boleh letak di home page. Jadi pelanggan korang boleh lihat dan lebih faham tentang produk korang.

  1. Pastikan maklumat penghantaran jelas dan terang

Pastikan pelanggan korang nanti tidak tercari-cari maklumat penghantaran. Segala maklumat perlu dinyatakan dengan jelas dan terang. Ini memudahkan pelanggan korang untuk membeli di kedai online.

  1. Fokus kepada manfaat yang pelanggan akan dapat

Terangkan manfaat yang pelanggan akan dapat dengan produk korang. Produk korang ni mampu tak nak selesaikan masalah yang pelanggan hadapi. Paparkan manfaat yang korang akan bagi kepada pelanggan di homepage. Senang pelanggan yang datang untuk lihat.

  1. Jawab segala pertanyaan pelanggan

Sediakan ruangan FAQ supaya senang pelanggan mahu ajukan segala pertanyaan. Jawab segala pertanyaan pelanggan. Ini kerana pelanggan akan puas hati bila pertanyaan mereka dijawab dan tidak teragak untuk meneruskan pembelian produk korang.

Inilah antara 5 tips penting Shopping Website yang korang boleh ambil. Senang je kan tips ni. Jadi gunalah untuk dapatkan result yang bagus. Yang masih belum ada shopping website bolehlah gunakan servis IWD. Kami akan tawarkan pada korang pada harga mampu milik.

Website

shopping websitewebsite

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hi, you can choose to chat with our representative below.

Live Chat With Us Now