6 Kepentingan Mempunyai Website Untuk Para Usahawan


Mungkin anda terfikir apa pentingnya website kepada bisnes anda. Jika dahulu mungkin tak penting mempunyai website kerana tidak banyak orang awam mempunyai internet pada zaman dahulu. Tetapi pada zaman sekarang, mempunyai website dianggap satu kewajipan kepada para usahawan kerana semua orang boleh akses internet hanya di hujung jari.

Percayalah bahawa kesemua jenis bisnes yang dijalankan di zaman sekarang, ia mesti dan sangat wajar untuk punyai sebuah website bisnes atau perniagaan sendiri. Ia merupakan medium terbaik jika mahu bisnes kita berkembang di dalam dunia teknologi online. Pesaing anda yang mempunyai website akan dipandang ke depan sedikit berbanding bisnes anda.

Baik. Mungkin apa yang saya nyatakan di atas tidak menyakinkan anda?

Dalam blog post ini, saya akan kongsikan 6 Kepentingan Utama Mengapa Anda Memerlukan Website untuk perniagaan anda. Silalah baca dan hadam pengetahuan ini untuk memajukan bisnes anda.

1. Website Tidak Pernah Tidur

Apabila kita mempunyai website, kita sebenarnya menjalankan bisnes 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun tanpa cuti. Walaupun pada hari minggu, cuti perayaan dan sebagainya.

Mempunyai website adalah seperti mempunyai pekerja yang sanggup bekerja tanpa berehat dengan kos yang sangat rendah. Untung bukan? Anda sudah dapat berjimat duit tanpa perlu membayar gaji pekerja anda kerana website boleh menggantikan 100% para pekerja anda.

Jika anda bandingkan dengan Facebook atau Instagram, anda masih perlu memantau dan menjawab segala pertanyaan pelanggan… dan semuanya perlu dilakukan ketika anda berada di depan komputer atau telefon pintar anda. Betul tak?

2. Mewujudkan Daya Saing

Cuba lihat pesaing anda dalam bidang bisnes yang sama. Adakah mereka mempunyai website? Jika mereka mempunyai website bermaksud mereka beberapa langkah lebih maju daripada anda! Jadi anda juga harus lebih cepat bergerak ke hadapan supaya tidak ketinggalan.

Dengan mempunyai sebuah website bisnes anda sendiri, anda dengan sendirinya telah membina satu tahap daya saing yang bagus, seterusnya akan meningkatkan lagi kredibiliti bisnes anda kepada pelanggan.

3. Kuasa Enjin Carian (SEO)

Tahukah anda mengenai SEO atau Search Engine Optimization? Ia merupakan satu kelebihan pada sebuah website yang boleh dibangunkan agar bisnes anda lebih cepat diketahui di internet. Dengan menggunakan SEO ini, website anda bakal menarik bakal pelanggan berpusu-pusu untuk mengetahui apa yang anda jual.

Anda sedar tak bahawa kuasa enjin carian adalah lebih besar daripada kuasa pengiklanan? Ini kerana konsep pengiklanan ialah kita memberitahu sesuatu perkara yang bermanfaat kepada bakal pengguna atau prospek. Sedangkan pencarian ialah prospek itu sendiri yang menginginkan sesuatu yang ditawarkan oleh kita (produk/servis) atau kata nama lain mereka yang mencari kita!

Itulah yang boleh dicapai dengan menggunakan website. Ia berikan pelanggan sebenar kepada anda. Tak perlu lagi nak membuat promosi berbayar di FB Ads untuk cari pelanggan, dengan kaedah SEO di website anda, pelanggan yang akan mencari anda.

4. Menambah Keyakinan Pengguna/Pelanggan

Jika anda mempunyai website yang bergaya professional ianya sekaligus memberi 1st impression yang baik kepada bakal pelanggan anda. Mereka juga akan lebih percaya untuk berurusan dengan anda.

Lihat sahaja betapa ramai usahawan dulunya hanya gunakan platform media sosial sudah mempunyai website bisnes sendiri. Mereka tidak kekal dengan menggunakan hanya satu platform malah mereka menjadikan website sebagai platform utama dan penting untuk mempromosi dan menjual produk perniagaan mereka secara online.

5. Database Pelanggan

Website juga boleh dijadikan pusat pengumpulan maklumat pelanggan anda. Dengan website, anda boleh kumpul info pelanggan anda dan masukkan ke dalam sebuah database pelanggan.

Data ini adalah merupakan lubuk emas untuk sesebuah bisnes agar boleh kekal bersaing.

Dengan adanya database pelanggan ini, anda boleh hantar info berkaitan produk terbaru anda, promosi serta tawaran menarik kepada pelanggan. Ia juga salah satu cara untuk menghargai pelanggan sedia ada, selain memungkinkan bisnes anda mendapat pelanggan yang baru. Kan bagus begini?

Menerusi website, bukan sekadar anda boleh mengumpul database pelanggan, tetapi juga dijadikan saluran online untuk pelanggan mendapat maklumat tentang produk serta promosi terkini. Tak perlu lagi susah-susah nak promote di media sosial …:)

6. Pasaran Pelanggan Yang Lebih Luas

Pasaran pelanggan anda akan jadi lebih luas kerana website anda boleh dibuka di mana-mana tempat yang mempunyai rangkaian internet. Bezanya jika anda membuka kedai biasa anda hanya boleh menumpukan pasaran di sekeliling kawasan anda sahaja, tetapi jika anda mempunyai website anda boleh meluaskan pasaran anda bukan sahaja di pasaran Malaysia malah mungkin ke luar negara.

Sekarang, anda sudah serba sedikit tahu akan kepentingan mempunyai website sendiri ini.

Jadi, anda tentu akan bertanya pada saya .. bagaimana nak mempunyai website sendiri?

Gunalah servis Inspired Web Designer (IWD) yang menyediakan perkhidmatan pembinaan website secara professional dan semestinya website tersebut mampu menjana pendapatan anda secara automatik.

Website

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hi, you can choose to chat with our representative below.

Live Chat With Us Now