Jika korang merancang untuk ada website, langkah penting yang korang perlu tahu adalah nama domain. Korang perlu sehabis fikir nama domain yang terbaik untuk bisnes korang sendiri. Kebanyakan owner bisnes susah nak cipta nama domain untuk website sendiri.

Jika korang merancang untuk ada website, langkah penting yang korang perlu tahu adalah nama domain. Korang perlu sehabis fikir nama domain yang terbaik untuk bisnes korang sendiri. Kebanyakan owner bisnes susah nak cipta nama domain untuk website sendiri.

Saya share sikit enam perkara utama perlu tahu memilih nama domain:

  1. Pilih nama domain yang mudah ingat dan berkait dengan produk atau servis yang ditawarkan

Jika bisnes korang mengenai produk kosmetik, jangan namakan iloveshawl.com dalam website korang pulak. Kalau boleh, letakkan perkataan “kosmetik” dalam nama domain. Pastikan bila pertama kali pelanggan masuk ke website, sekurang-kurangnya mereka dapat agak tentang produk atau servis yang korang tawarkan. Pastikan nama domain ringkas dan senang ingat!

  1. Elakkan simbol yang pelik

Jangan sesekali gunakan simbol yang pelik dalam domain. Contohnya korang menggunakan nombor “3” untuk menggantikan huruf “e”. Simbol itu sesuai digunakan sebagai kata laluan tetapi tidak untuk nama domain. Ia nampak comel, tetapi boleh mengundang typo.

Korang kena ingat kata laluan yang hebat boleh membuatkan nama domain kelihatan buruk.

  1. Jadikannya sekhusus yang mungkin.

Jika anda menjual produk kosmetik, cuba masukkan perkataan yang berkaitan seperti kecantikan, skincare, dll. Jika anda ingin menjadi lebih khusus mengenai kosmetik, anda boleh mencuba nama seperti miniqueencosmetics.com.  Ini lebih menguatkan jenama korang. Selain itu, memudahkan SEO.

  1. Periksa nama domain

Berkemungkinan ada bisnes sebelum ini telah menggunakan nama domain korang sebelum ini. Pemilik sebelum ini mungkin membiarkannya tamat begitu saja kerana kurang minat atau ingin melupakannya. Periksa nama domain takut ia sudah wujud sebelum ini.

Korang boleh menyemaknya dengan mudah melalui archive.org/web

  1. Beli domain korang ASAP

Jangan berlengah-lengah, nama yang korang pilih belum tentu masih ada pada hari esok atau lusa. Jika korang dapat nama domain yang terbaik terus sahaja beli, jangan biar orang lain ambil nama tersebut.

Sekiranya korang was-was nak beli dan tak tahu cara nak beli, boleh dapatkan servis dari IWD. Kita boleh bantu anda.

  1. Dapatkan alamat e-mel yang mengandungi nama domain korang.

Jika korang masih menghantar e-mel kepada pelanggan menggunakan akaun yahoo atau gmail, tidak lain tidak bukan ia seperti spam. E-mel yang korang hantar akan pergi terus ke folder spam. Melaburlah dalam e-mel supaya tampak lebih profesional dengan nama domain korang sendiri. Korang boleh dapatkan servis Branding Email Account ini dari IWD.

Nama domain memberi pengaruh besar kepada kejayaan korang dalam dunia online. Pilihlah nama domain yang terbaik. Dalam proses membuat website sendiri korang mungkin sangkut dekat bahagian nama domain. Gunalah servis dari IWD untuk memudahkan korang sendiri. Kami boleh buat untuk anda.

Kongsikan jika post ini bermanfaat pada anda.

 

Uncategorized

domain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hi, you can choose to chat with our representative below.

Live Chat With Us Now