Sedar atau tidak Landing Page ni sebenarnya medium interaksi utama korang dengan pelanggan korang?? Tahu kenapa saya cakap macam ni? Sebab dari Landing Page ni lah korang boleh tunjuk maklumat produk korang, sejarah terbinanya bisnes korang dan paling penting tunjuk jugak feedback pelanggan-pelanggan korang ni. Sebab dari situ lah orang akan lebih percaya bisnes yang korang buat tu.

Nak tahu macam mana? Meh saya share sikit info berguna untuk owner bisnes yang nak buat bisnes korang jadi lebih mudah dan berkembang bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan.  Phewww.

6 Tips Landing Page yang terbaik korang boleh ikut:

1.Kekalkan brand servis

Untuk setiap bahagian dalam Landing Page tu mestilah seragam dengan imej yang korang gunakan. Maksudnya dari segi penggunaan jenis font, warna, grafik dan jarak spacing yang digunakan sangat penting untuk anda titik beratkan.

Pemilhan warna yang tak terlalu terang atau gelap, tulisan yang tak terlalu ber’seni’ dan penggunaan grafik yang simple tetapi mempunyai mesej tersendiri akan lebih cepat menyentuh hati pelanggan korang. Ingat!! Semua bahan yang korang highlightkan  di Landing Page anda adalah merujuk kepada bisnes yang korang jalankan.

2.Fokus pada masalah pelanggan

Ketahui seberapa banyak masalah pelanggan anda. Selepas korang tahu masalah pelanggan korang, tahu jalan penyelesiannya, bersiap sedia lah untuk korang perkenalkan servis korang kepada pelanggan berpotensi korang. Dari cara ini, korang perlu bersedia dan confident dengan servis korang yang akan membantu pelanggan korang setelkan masalah diorang. Cuba flashback balik 3 persoalan ini dalam bisnes korang. Adakah ia menepati kehendak pelanggan korang?

  • Apakah masalah khusus yang korang nak selesaikan untuk pelanggan korang?
  • Apa kemahiran yang korang akan gunakan untuk membantu mereka berjaya dalam perniagaan atau kehidupan mereka?
  • Apakah kepakaran korang yang dapat membezakan korang daripada persaingan korang?

3.Call To Action (CTA)

Landing Page yang terbaik adalah Landing Page yang akan menampilkan tawaran dan CTA yang akan ‘memanggil’ atau memaksa pelanggan untuk menekan butang ‘Beli Sekarang’. Tetapi di dalam ruangn CTA ini ada 3 perkara besar yang korang kena faham dan buat, iaitu:

  • Tawaran yang menarik dan dapat menyelesaikan masalah pelanggan anda. Point ini berkait rapat dengan ulasan kedua saya tadi.
  • Penggunaan headline yang tepat, ringkas dan mempunyai makna akan meanrik pelanggan untuk melayari website korang sampai mereka menekan butang CTA.
  • Pemilihan susunan teks mestilah betul. Sebagai contoh, pembacaan akan berlaku bermula dari kiri ke kanan. Jangan meletakkan design teks anda dari kanan ke kiri. Ini sangat menyukarkan pemabaca untuk membaca. Malah penggunaan design website kena lebih rileks dan tidak terlalu over.

4.Jelas dengan tujuan korang

Kaedah yang sama kita guna untuk nilai kualiti servis korang.  Apa tujuan korang promote website korang pada pelanggan? Kalau berlaku pengubahsuaian di dalam website. Apa yang akan berlaku dan bagaimana website berfungsi jugak sangat penting untuk korang faham. Dan pemahaman yang heabt macam ni, akan mudah untuk korang tarik pelanggan baca Landing Page korang and terus amik servis dengan korang. Haa kan hebat macam tu.

5.Pecahkan teks anda

Jangan menuls seperti novel sampai takde fullstop. Kalau nak guna pelbagai font, jangan terlalu banyak samapi pelanggan pening nak baca. Untuk mesej-mesej penting, bold atau highlight kan supaya pelanggan korang nampak keywords dalam Landing Page korang. Lebih cepat pelanggan hadam mesej korang.

6.Letak testimoni

Fitrah manusia ni memang suka nak tahu apa yang orang lain fikir atau kata tentang sesuatu produk atau servis. So korang bisnes owner jadikan point ini sebagai point priority korang dalam memastikan website korang dapat perhatian. Lagi banyak testimoni. Lagi bagus!! Sebab bila banyak testimoni yang positif lagi cerah la harapan korang nak dapat pelanggan baru. So macam mana nak dapat testimoni yang bagus-bagus?? Make sure servis korang daebak, confirm feedback daripada pelanggan korang pon perghhh hebat ah.

So jelas tak 6 tips yang saya share ni? Kalau rasa ia bermanfaat untuk anda, pastikan ia jugak bermanfaat untuk rakan-rakan anda.

 

 

Uncategorized

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hi, you can choose to chat with our representative below.

Live Chat With Us Now