6 Tips Tarik Pengguna Baca Website Kita


Teknik penulisan, penggunaan bahasa yang betul dan tepat, lenggok bahasa yang digunakan sangat memainkan peranan penting dalam mengajak orang ramai untuk membaca. TAPI !! adakah penggunaan ayat yang meleret-meleret, bahasa yang terlalu sakastik dan bombastik akan menarik perhatian orang ramai untuk membaca?

Saya sendiri individu yang suka membaca. Tapi saya tak suka baca panjang-panjang. Kalau boleh nak “simple but make it clear”… gituuuu

Jadi apa teknik yang akan membantu orang ramai untuk membaca website kita? Baca ni . .

  1. Isi kandungan website lebih santai dan berinformasi. Macam mana tu??Macam ni, gunakan bahasa-bahasa yang mudah difahami, jelas dan tidak terlalu berbunga-bunga. Sebab kalau terlalu berbunga sangat. Orang pun naik malas nak baca.
  1. Website yang berbeza. Beribu website yang kita boleh google tapi hanya jumlah yang kecil merujuk kepada website yang berinformasi. Bezakan website anda dengan mengulas topik-topik semasa dan relevan dalam kalangan masyarakat atau kalangan  niche anda. Apabila website mempunyai perkongsian yang berbeza, pembinaan website dengan personaliti yang menarik serta membawa perasaan yang berbeza akan menarik orang ramai untuk membaca website anda.
  2. Jadikan website anda mesra mudah alih. Ini bermakna, pastikan website anda boleh diakses pembaca walaupun hanya dengan menggunakan mobile phone. Hampir 24 jam sehari orang ramai menggunakan mobile phone untuk mengisi masa lapang mereka. Jadi adakah anda masih hanya ingin menggunakan PC atau laptop baru website anda akan dapat dibaca?? tukarkan website anda kepada sistem mudah alih.
  3. Pastikan website anda mudah dibaca. Dalam website ini, tidak perlu ada unsur-unsur panache, fancy headline atau parallax scrolling. Tapi yang paling penting adalah boleh dibaca, jelas maksud, saiz tulisan yang sesuai. Sebagai contoh kita lihat CNN. Menggunakan ayat-ayat yang ringkas serta tulisan yang besar dan bold kerana nak menarik perhatian pembaca untuk sama-sama berada dalam situasi tersebut.
  4. Website yang menyentuh emosi. Satu penyelidikan yang dilakukan oleh University of Pennsylvania membuktikan bahawa kandungan-kandungan atau mesej yang mengandungi emosi akan lebih cepat membentuk Kenyataan ini juga disokong oleh The New Yorker yang mengatakan bahawa artikel yang menimbulkan sedikit emosi adalah lebih baik daripada yang tidak menimbulkan emosi. Maksudnya apa? Menimbulkan emosi ketika membaca sesuatu maklumat bukanlah bermakna meningkatkan kemarahan pembaca atau mencetukan pergaduhan antara pembaca, tetapi ia lebih kepada bentuk motivasi, peringatan diri yang membawa pembaca dekat dengan situasi yang ingin disampaikan oleh penulis. Elemen-elemen penarik inilah yang akan menarik orang ramai untuk membaca.
  5. Tahu siapa pembaca anda. Kandungan mesej mestilah berkaitan dengan pembaca anda. Sebagai contoh, mengapa kebanyakkan blog-blog ibu berjaya menarik ramai pembaca. Kerana mereka tahu siapa sasaran mereka. Mereka jelas dengan apa yang mereka kongsikan, bahasa ibu-ibu yang sering digunakan. Perkara sama berlaku sekiranya anda mahu orang meluangkan masa di laman web anda, anda perlu mengetahui khalayak sasaran anda. Siapa mereka, apa latar belakang mereka serta peringkat umur yang ingin kita sasarkan. Agar mesej yang kita samapaikan kena dengan jiwa mereka.

Apabila saya terjumpa website yang memudahkan pemahaman saya, penggunaan bahasa santai dan jelas, saya akan menjadikan ia sebagai favourite wesbite, dan akan meluangkan masa untuk mentelaah maklumat di dalamnya. Percayalah, pembaca anda juga akan lakukan perkara yang sama.

Selamat mencuba!!

Website

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hi, you can choose to chat with our representative below.

Live Chat With Us Now