website

Secara ringkas, korang akan tarik lebih ramai client jika rank korang berada di kedudukan tinggi dalam online search. Kalau korang mahu rasa berada di first page of result, korang perlu letak kata kunci yang popular di tempat yang betul di website korang. Sekiranya korang buat dengan betul so korang mampu utk bersaing.

First sekali, jom kita buat super quick review tentang apa itu keyword, kenapa ia begitu penting.

Keyword atau keyword phrases adalah perkataan yang ditaip dalam online search engine, seperti Google. Apabila seseorang pergi ke google.com dan taip perkataan “agensi website di puchong” mereka telah masukkan pertanyaan carian yg terdiri daripada keyword.

Keyword sgt penting kerana content website korang mesti sepadan dengan keyword yang terdapat dalam online search. Sekiranya website korang tiada keyword yg sepadan, ia tak akan terpapar dalam search engine result pages. Contohnya, jika seseorang mencari ‘agensi website di puchong’ tapi website korang tak pernah sebut pasal korang ni agensi website di puchong, jadi diaorg tak dpt lihat page korang.

Cara terbaik untuk dapatkan keyword yg selalu ditaip di Google ialah sentiasa dengar masalah yg dihadapi oleh client korang. Client selalunya akan gunakan ayat yg sama tentang masalah diaorg samada bercakap atau menaip.

Okay, sekarang mari sy dedahkan 8 tempat untuk letak keyword ‘POWER’ di dalam website. Senarai ini adalah mengikut kepentingannya.

  1. Page title

Perkara pertama yang dicari oleh Google untuk keyword adalah korang punya page title. Setiap page kat website korang perlu ada page title yang unik dengan keyword yang unik. Jadi jangan sesekali abaikan contact page korang. Ia sama penting seperti homepage korang.

Page title dipaparkan di bahagian atas web browsers dan di search engine result pages. Sekiranya korang guna WordPress website, korang boleh gunakan Yoast plugin utk urus page title korang. Sekiranya korang buat website dengan program lain, korang perlu Google bagaimana nak edit page title korang. Ia sangat mudah dan hanya ambil masa beberapa minit je.

  1. Headings dan sub headings

Seterusnya, anda mesti mahu letak sebanyak mungkin keyword pada headings dan subheading pada setiap copy di page website korang kan? Copy di pages perlu diasingkan ke dalam blok teks yg mudah dihadam. Setiap blok teks harus mempunyai tajuk di atasnya. Tajuk harus relevan dengan blok teks dan mengandungi keyword yang penting. Mudah kan?

  1. Page content

Pastikan semua keyword penting tersebar di seluruh content korang. Ulang keyword korang sebanyak tiga hingga lima kali. Sekiranya page korang byk word, jadi ulang lebih banyak.

Salah satu perkara terbaik yang boleh korang lakukan adalah dengan menggunakan beberapa sinonim untuk keyword korang. Jadi jika salah satu keyword korang adalah “agensi,” korang boleh menggunakan kata-kata seperti “agen,” “ejen,” “wakil,” dan “perantara” dalam content korang.

Tujuan utama ini adalah utk memastikan content korang dibaca secara natural dan tidak merasakan seperti korang memaksa dengan meletakkan keyword yg byk dalam content.  (Overstuffing keyword boleh menyebabkan page korang dikenakan tindakan oleh Google)

  1. External anchor text

Teks anchor adalah teks yang digunakan di dalam hiperlink. Macam contoh “membantu orang mencari agensi website” adalah teks anchor.

Sebuah website baru dilancarkan bagi membantu pengguna mencari agensi website di Puchong.

Korang secara semula jadi mempunyai link yang menunjukkan ke website yang berbeza di internet. Link ini harus memberikan maklumat yang berguna dan bermanfaat kepada pelawat korang. Bukannya bersembunyi pada link dalam teks anchor seperti “klik di sini” atau “info lebih”, anda perlu meletakkan lebih kurang satu atau dua keyword yg match dengan webpage korang.

  1. Alt attributes

Yang ni sangat senang tapi sering diabaikan: menambah “alt teks” pada imej korang. Alt teks berfungsi untuk menerangkan imej yang korang ada dalam website. Kebanyakan platform pembangunan website mempunyai tempat utk memasukkan alt teks.

  1. URL

URL atau nama panjangnya Universal Resource Locator hanyalah nama yg fancy utk web address. Jika korang letak satu atau dua keyword dalam nama domain adalah lebih baik. Tapi kalau tak boleh, disebabkan semua domain telah diambil atau korang kurang suka dgn nama tersebut, so korang boleh juga tambah keyword di subpage dalam website.

  1. Image names

Ini adalah salah satu tempat yg selalu diabaikan utk memasukkan keyword. Selalunya bila korang memuat turun imej ke komputer, korang akan mempunyai peluang untuk menamakan fail tersebut. Apabila korang menamakan fail tu, korang harus masukkan beberapa keyword ke dalam nama fail. Percayalah atau tidak, Google menyemak nama semua fail korang. Sangat penting untuk meletakkan keyword dalam nama fail korang kalau korang ingin imej korang berada di rank tinggi dalam Google.

  1. Internal links

Sama seperti teks anchor dimana external link yg menunjuk ke website luar, korang juga harus meletakkan keyword dalam link teks anchor yang menunjuk ke page lain dalam website korang sendiri.

Sekiranya anda mempunyai page untuk mengatasi website tidak tersedia, hubungkan ke page tersebut dengan teks anchor “tidak tersedia” apabila korang menggunakan word di tempat lain di website korang.

Sekarang korang dah tahu kat mana semua keyword harus berada di website korang, letaklah keyword tersebut kat tempat yg sepatutnya! Korang akan terkejut dengan hasil bila korang buat 8 cadangan ini.

WebsiteKeyword

Keywordwebsite

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hi, you can choose to chat with our representative below.

Live Chat With Us Now