Memiliki website sendiri akan membuatkan pelanggan anda mudah mencari anda. Dalam masa yang sama, anda juga mampu menggandakan pelanggan anda, bukan sahaja dalam negara malahan dari seluruh dunia.

Memiliki website sendiri akan membuatkan pelanggan anda mudah mencari anda. Dalam masa yang sama, anda juga mampu menggandakan pelanggan anda, bukan sahaja dalam negara malahan dari seluruh dunia. Terdapat 9 cara membuatkan orang suka pergi website anda.

  1. Website laju

Penting untuk anda pantau sentiasa kelajuan website anda. Mengikut kajian sebanyak 40% pelanggan akan meninggalkan website yang mengambil masa lebih 3 saat untuk load.

  1. Website responsif

Website yang teruk akan mengambil masa yang lama untuk load dan tulisan yang terlalu kecil untuk di baca pun akan membuatkan pelanggan berasa kesal dan akan meninggalkan website.

  1. Website ada gaya

Pastikan anda kenal pasti emosi yang anda mahu ketengahkan. Warna yang digunakan di dalam website hendaklah membantu dalam mencapai emosi pelanggan. Ia merupakan idea yang baik jika anda boleh imbangkan warna neutral dan warna yang terang.

  1. Website boleh dibaca

Pilih font yang senang untuk dibaca dan tidak merumitkan. Jangan gunakan font Comic San atau Times New Roman. Walaupun tidak salah menggunakan font itu tapi ia memberikan imej yang tidak baik untuk brand.

  1. Website yang tidak menyakitkan mata

Walaupun website terdapat banyak ruang dalam skrin, ini bukan bermaksud anda perlu guna semua ruang yang ada. Gunakan ruang yang ada diselang-selikan dengan tulisan, gambar dan percaya dengan kuasa “ruang putih”. Ini kerana ia lebih memudahkan pelanggan untuk membaca dan memberi pengalaman yang baik pada pelanggan.

  1. Website yang mempunyai navigasi yang baik

Navigasi yang ada perlulah seminima yang mungkin. Dengan adanya navigasi, ia lebih memudahkan pelanggan untuk mendapatkan maklumat yang mereka inginkan. Nama yang digunakan di navigasi hendaklah jelas dan singkat. Navigasi yang baik mempunyai maklumat untuk dihubungi bagi memudahkan pelanggan untuk menghubungi anda sekiranya ada sebarang pertanyaan.

  1. Website yang jelas

Pastikan bila pelanggan lihat website untuk pertama kali, website anda terpampang dengan jelas misi atau slogan syarikat anda. Cara ini membuatkan pelanggan yang benar-benar mahukan produk atau servis anda sahaja akan stay dan baca semua maklumat yang ada di website.

  1. Website yang fokus dengan sesuatu perkara

Tidak salah sekiranya anda mempunyai pelbagai minat dan pengetahuan untuk dikongsi. Akan tetapi anda hendaklah fokus dengan satu perkara untuk golongan yang tertentu. Ini membolehkan website anda mempunyai tujuan yang jelas dan lebih mudah untuk mengetahui kehendak pengguna.

  1. Website yang ada nilai

Pastikan setiap perkara dalam website anda ada nilai. Letakkan nilai dalam blog, jualan online dan maklumat yang anda sampaikan bukan hanya untuk menjual tetapi mendidik. Buat sehingga pelanggan anda merasakan untuk terus stay dengan website anda selama yang boleh.

Website

website

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hi, you can choose to chat with our representative below.

Live Chat With Us Now