Sekarang ni webite makin mudah penggunaanya berbanding dulu. Banyak sebenarnya benefit bila ada website ni. Tak perlukan kos yang tinggi, buka tiap masa dan paling penting boleh buat iklan secara free je. Bestkan?

Bila kita ada website ni bukan takat untuk jual barang je. Tapi kita kena sediakan sesuatu yang bernilai kepada pelanggan anda. So dengan adanya website ni semua kerja jadi mudah dan pantas. Ini antara alasan mengapa bisnes kecil anda memerlukan website.

  1. Pelanggan mengharapkannya

Boleh dikatakan dalam 60% customer mengharapkan bisnes anda menyediakan segala info berkenaan company dan produk di platform digital. Mostly customer akan google dan pergi ke website sesuatu company untuk tahu maklumat dengan lebih dalam. So bila anda tiada website bisnes anda sendiri, customer akan lari dan lebih memilih company yang mempunyai website.

  1. Rasa lebih terjamin

90% customer rasa tidak selamat bila beli sesuatu secara online. Ini akan mempengaruhi pembelian mereka. Dengan adanya website, customer akan rasa lebih yakin dan berpotensi untuk membeli dengan anda. Customer anda boleh lihat pelbagai testimoni di website anda.

  1. Mengawal persepsi customer

Betul, anda tak mampu untuk mengawal persepsi customer sama ada baik buruk melalui sosial media. Tapi anda boleh gunakan website sebagai tempat anda berkongsi kisah anda. Ini secara tidak langsung dapat mempengaruhi persepsi customer di website anda. Blog syarikat juga membantu bisnes anda memberikan mesej, misi, dan visi kepada customer.

  1. Pulangan yang banyak

Apabila anda menggunakan website, anda meletakkan company pada satu situasi yang berpotensi untuk mencapai beribu ribu potential customers. Ini adalah cara yang paling berkesan berbanding anda laburkan wang anda pada brosur dan flyers.

  1. Competitors ada website

Anda patut rasa tergugat sekiranya competitors anda ada website bisnes mereka. Jika tidak, anda akan semakin jauh kebelakang. Persaingan yang baik, bagus untuk sesebuah company. So benda yang baik harus dijadikan contoh untuk perkembangan bisnes anda sendiri.

  1. Tidak perlu tutup bisnes

Tiada siapa yang mahu kerja sehingga lewat malam kan? Tapi kebanyakan customer ni suka berbelanja lewat malam.Sebab apa? Itu je masa yang mereka free untuk membeli. Dengan adanya website, anda boleh jual produk anda bila bila masa saja. Tiada had limit masa. Bukan hanya antara pukul 9 pagi dan 5 petang.

  1. Muncul dalam hasil carian Google.

81% customer akan membuat sedikit penyelidikan secara online sebelum membuat pembelian. Ini bermakna mereka pergi ke Google dan menaip kata kunci, seperti “kasut kulit terbaik”. So jika anda tiada website, peluang untuk muncul pada halaman hasil enjin carian Google sangat tipis. Kalau anda ada website, peluang untuk muncul di bahagian atas hasil enjin carian Google tu ada.

  1. Pusat rujukan untuk pekerja

Website bukan saja membantu customer, ia juga digunakan untuk memudahkan pekerja anda sendiri. Khaskan halaman yang privacy untuk pekerja anda dimana terdapat video, bahan pengajaran atau borang dalaman untuk membantu pekerja anda mempelajari semua yang mereka perlukan dengan sendiri.

 

 

Website

small businesswebsite

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hi, you can choose to chat with our representative below.

Live Chat With Us Now