https://iwd.asia/apa-itu-seo-kenapa-wajib-diberi-perhatian-walaupun-bisnes-kecil/
SEO

Mesti anda banyak kali dengar sebelum ni, tapi apa sebenarnya SEO ni? SEO adalah ringkasan bagi search engine optimization, yg berfungsi untuk meningkatkan website anda supaya sentiasa terlihat di search engines.

Contohnya apabila anda menaip keyword atau phrase di bar carian, mesti anda expect list teratas yg tersenarai berkaitan dengan topik yg anda cari.

Anda tak pelik ke macam mana Google pilih mana yg layak tersenarai di atas. Ini semua disebabkan SEO!

Selalu bila orang bercakap tentang SEO, matlamat mereka adalah untuk mendapatkan tempat #1 di Google. Ini adalah tempat yang paling didambakan tiap orang dan seharusnya jadi matlamat untuk anda juga.

Sekiranya anda berada di tempat teratas SERP (search engine results page), anda bukan saja dapat tingkatkan website trafik tapi kredibiliti anda. Google sangat komited dalam memberi pengguna cadangan yang terbaik, sebab itulah mereka memilih website yg betul-betul mengoptimumkan.

 

Apa yg Google titik beratkan, anda juga perlu titik berat! 

 

Sekarang anda perlu tahu kenapa SEO perlu diberi perhatian untuk bisnes anda. Jom kita bercakap tentang perkara yg selalu Google titik beratkan. Ini adalah cara terbaik untuk pastikan Google sentiasa kaitkan anda dengan pelawat yang betul.

 

Apa yg search engines seperti Google cari

Google ni dicipta untuk mewujudkan pengalaman yg berguna dan hebat buat pengguna yang menggunakannya. Pengguna yg berpuas hati berkemungkinan besar pasti akan kembali menggunakan Google.

Ini penting kerana Google bergantung pada trafik pada search engine mereka untuk pengiklanan. Mereka dilihat sebagai website no 1 yg selalu dilawati di internet. Mereka memang bagus dalam menyediakan pengalaman yg terbaik bagi pengguna.

 

Berikut adalah beberapa faktor yang anda boleh masukkan dalam strategi search engine optimization.

Kandungan website adalah evergreen

Kandungan evergreen adalah kandungan yg sentiasa relevant. Kandungan Evergreen adalah kandungan yang tetap relevan pada bila-bila masa saja. Ia bukan time-based, seperti event recap blog post atau special limited-time offer, jadi anda tidak perlu risau kandungan anda out of style dalam beberapa bulan.

Kandungan website anda perlu evergreen. Ini bukan bermaksud, anda tidak perlu buat short-term website pages (yg dipanggil landing pages) dengan masa tertentu dalam fikiran, tetapi anda tidak akan fokus dalam membina nilai SEO dengan begitu. Kenapa begitu?

SEO akan meningkatkan prestasi website dalam jangka masa panjang. Inilah sebabnya kenapa anda perlu fokus dalam membuat content evergreen yang mempunyai kekuatannya tersendiri.

 

Sprinkling keyword dalam content anda

Bagaimana nak buat SEO dengan betul? Ia bermula dengan keyword research. Tanpa keyword yg betul, kamu akan bazir masa dalam mengoptimumkan perkara yg salah.

Sebaik saja anda sudah buat keyword research, anda boleh selit keyword tersebut dalam website anda. Berikut adalah tempat yg bagus untuk anda selitkan.

 

Title tags: Sebelum anda klik website dari Google SERP (search engine results page), selalu anda akan nampak website page title tag terlebih dahulu. Ini kerana ia merupakan teks terbesar yang terletak di SERP dan biasanya berwarna biru (kecuali jika anda telah klik ia berubah berwarna ungu).

Meta description: Di bawah title tag di SERP, anda akan lihat sedikit penerangan. Itu dikenali sebagai meta description. Letak keyword yg relevant dalam meta description.

Headers: Dalam bina platform website, anda selalunya akan nampak pilihan Heading 1, Heading 2, dan Heading 3. Ciri-ciri ini bukan untuk buatkan website anda nampak cantik. Headers adalah tempat terbaik untuk lebihkan nilai SEO dengan keyword anda.

Body copy: Ini merujuk kepada semua kandungan yang anda buat dalam body paragraphs website dan blog anda. Daripada senaraikannya dalam bentuk row, cuba sebarkannya dalam bentuk content.

 

Pengalaman yg baik dari pengguna

Pengalaman pengguna merujuk kepada memberikan kualiti kepada pengalaman pengguna di website anda. Untuk kesan yang berpanjangan, anda akan pastikan pengguna merasai pengalaman yg baik.

Berikut adalah faktor untuk pastikan pengguna dapat merasai pengalaman yg baik:

  • Navigasi website dan struktur website yang teratur.
  • Ada call-to-action (seperti subscribe email anda, pembelian product, signing up utk konsultasi dan lain-lain) dalam setiap website page.
  • Format text yg senang dibaca dengan header, style,dan lain-lain.
  • Letak gambar yg besar dan menarik. Tambah banyak visual dalam content.
  • Jangan frustkan audien anda dimana mereka perlu scroll website anda (contoh anda punya internal page link perlu buka pada window yg baru)

 

Faham bagaimana SEO boleh tingkatkan website trafik anda

Jika anda berminat mempelajari SEO, banyak kuasa dan kelebihan yg anda boleh dapat. Ini akan jadi kawasan yg berpengaruh dalam bisnes marketing kerana kawasan yang sangat berpengaruh dalam pemasaran perniagaan anda kerana apa yang anda buat hari ini akan beri anda nilai yg berpanjangan.

SEO adalah strategi jangka panjang jadi jangan risau ia tidak berhasil dalam masa sehari bahkan sebulan. Mana-mana website copywriter dan strategi SEO pasti akan memberitahu anda ia memerlukan masa dalam mengoptimumkan website anda.

 

BusinessSearch Engine OptimizationSearch Engine Results PageSeoSmall Business

businesssearch engine optimizationsearch engine results pageseosmall business

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hi, you can choose to chat with our representative below.

Live Chat With Us Now