wiggle boks

 

  • Wiggle Boks adalah servis langganan kotak secara bulanan di Malaysia dimana menyasarkan kepada ibu selepas bersalin dan bayi berumur sehingga 24 bulan.
  • Servis ini telah dicipta oleh Tim Lee dan Raisa Mia pada bulan Mei 2018, dan mengenakan bayaran RM128 untuk setiap kotak sebulan.
  • Item yang terdapat dalam setiap kotak seperti botol, snek, mainan, pakaian, dan lain-lain barang keperluan.

 

Di Malaysia, servis langganan kotak secara bulanan tidak popular berbanding di luar negara seperti Amerika Syarikat dan Eropah. Di negara tersebut, servis ini sangat mendapat sambutan dan boleh dkatakan sangat berjaya.

 

Bagi brand besar telah dilaporkan dapat menjana lebih dari USD2.6 bilion dalam jualannya pada tahun 2016 dan menunjukkan pertumbuhan yang bagus dari tahun ke tahun.

 

Info: Bagi mereka yang kurang faham apa yang dimaksudkan langganan kotak, ini merupakan servis berulang di mana syarikat mengenakan bayaran kepada pelanggan untuk parcel yang akan dihantar di pintu rumah mereka secara bulanan. Kotak ini mengandungi item mengikut langganan pelanggan, sama ada permainan, kosmetik, makanan, atau komik, dan selalunya item yang limited edition, sangat popular, atau sukar diperoleh.

 

Tim Lee merupakan lepasan graduan kejuruteraan & spesialis digital marketing dan Raisa Mia iaitu pakar bidang petroleum memutuskan untuk bersama-sama dalam mencipta Wiggle Boks, iaitu penghantaran kotak untuk keperluan ibu selepas bersalin dan bayi berumur sehingga 24 bulan.

 

Idea ini bermula dari Raisa, yang diilhamkan dari langganan kotak makanan semasa beliau di UK. Akan tetapi di Malaysia tidak menawarkan servis ini. Ini membuatkan dia bersungguh-sungguh untuk membawa model servis seperti itu di Malaysia. Setelah melihat rakan-rakan dan keluarganya yang mempunyai ramai bayi, dia memutuskan untuk membuat servis itu untuk ibu dan bayi.

 

Akhirnya, dia bekerjasama dengan Tim dan merasakan servis ini berpotensi untuk masuk dalam pasaran Malaysia. Maka terhasillah Wiggle Boks. Nama tersebut bermaksud keseronokan. Keseronokan ibu bapa apabila menerima hadiah misteri (Wiggle) dan ejaan “kotak” (Boks) seperti kanak-kanak.

 

Set Wiggle Boks berharga RM128 setiap bulan. Ia mengandungi semua keperluan asas untuk ibu selepas bersalin dan bayi mereka yang baru lahir seperti botol, berus, makanan bayi, mainan, sabun, dan pelbagai barangan berguna untuk dua tahun pertama perkembangan bayi.

 

Produk-produk ini semua dari jenama dan pengeluar yang Tim dan Raisa kenal pasti mempunyai kualiti yang tinggi dan yang berkongsi idea yang sama seperti yang mereka lakukan.

 

Wiggle Boks berjaya menjual lebih daripada 500 kotak dalam tempoh lapan bulan bermula. Malah pelanggan mereka datang dari seluruh Malaysia, dan juga luar negara seperti Singapura, Thailand, dan Filipina. Melihat semua ini, mereka yakin tentang keupayaan mereka untuk jangka masa panjang.

 

“Dalam dua tahun akan datang, kami berharap dapat memberi impak di Malaysia tentang kesedaran brand dan pendedahan tentang konsep kotak langganan bagi mereka yang masih kurang faham dengan konsep servis ini,” kata Tim. “Kami berharap dapat mengembangkan langganan kami ke negara-negara lain yang bermula dengan Asia Tenggara dalam tempoh tiga tahun akan datang.”

 

Kredit: Vulcan

 

Business

businesswiggle boks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hi, you can choose to chat with our representative below.

Live Chat With Us Now