Ketika anda melancarkan laman web anda, sedarkah anda bahawa 80% daripada keseluruhan kerja yang anda lakukan telah berlaku sebelum anda membuat persediaan laman web anda. Disebabkan itu, setiap keputusan yang diambil selalunya akan merujuk kepada perbincangan awal yang telah ditetapkan.
Siapa ini?
Halaman ini mempersiapkan anda untuk bahagian perancangan keseluruhan laman web anda. Sama ada anda bermula pada satu persegi dan mahu melancarkan laman web strategik. Atau, anda seorang pereka laman web yang cuba menyelaraskan proses pelanggan anda dan ingin mempunyai sistem penyimpanan projek yang menepati waktu dan meningkatkan komunikasi pelanggan.
Saya yakin dan percaya, anda sangat memerlukan laman web kerana anda yakin laman web boleh membantu anda mempromosikan perkhidmatan, produk atau servis anda malah anda juga boleh berkongsi pendapat, pandangan dan idea anda bersama pelanggan anda.
Ini adalah perkara utama yang akan difokuskan dalam perbincangan ini. Perbincangan ini akan membantu anda untuk menghasilkan laman web yang lebih strategik yang membantu anda memperkenalkan bisnes anda. Mengetahui sesuatu matlamat itu lebih awal akan membantu anda merancang, mengatur serta mengorganisasikan halaman website anda.
Pertama sekali, apa yang anda harus lakukan adalah, menyediakan website outline anda.
Langkah 1.
Adalah, senaraikan halaman yang anda perlukan di laman web anda. Ingat!! Kenalpasti semua halaman yang anda pilih dengan tepat.
Langkah 2.
Memberi keutamaan kepada halaman anda dengan meletakkan secara berasingan “header” dan “footer” . Ia akan membantu pelanggan anda untuk melihat dengan lebih jelas dan lebih tersusun.
Langkah 3.
Fokuskan kepada setiap halaman yang anda ingin letakkan. Anda seharusnya menetapkan matlamat yang jelas, isi kandungan dan maklumat yang berkaitan untuk anda lampirkan pada halaman yang bersesuaian dengan matlaman anda membina laman web.
Anda juga boleh meletakkan “Call to Action” di halaman utama atau pada setiap halaman untuk menarik pelanggan mengikuti langkah seterusnya.
Langkah 4.
Rancang kandungan halaman.
Anda seharusnya merancang kandungan-kandungan yang akan anda tulis di dalam laman web anda. Mengaplikasikan “rancangan kandungan” akan membantu memastikan laman web anda jadi lebih terancang!! Caranya mudah kerana anda hanya perlu membuat dokumen dan tajuk pada setiap halaman dengan tajuk dari navigasi pelanggan anda. Anda juga boleh cuba untuk meletakkan satu kolum nota yang boleh meninggalkan komen untuk pelanggan anda. Ini bagi memastikan setiap komen yang diterima dapat ditambahbaik dalam setiap projek.
Langkah 5
Mockups
Mockups adalah gambaran visual laman web anda, anda boleh membuatnya dalam platform apa saja yang paling sesuai. Sama ada itu program adobe atau melakarkannya di atas kertas. Anda sangat memerlukan mockup untuk membantu menggambarkan apa kandungan yang anda perlukan dan apabila anda mula membuat persediaan laman web anda, anda boleh ambil dan gunakan untuk setiap halaman.

Ini 5 kaedah mudah untuk anda merancang laman web anda atau pelanggan anda.
Sila share jika ia bermanfaat untuk anda dan rakan-rakan anda.

Uncategorized

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hi, you can choose to chat with our representative below.

Live Chat With Us Now