Pernah terfikir kenapa Shopee tak guna je Facebook dan Insta untuk berniaga? Kenapa 11street pun mempunyai website e-commerce sendiri? Ramai peniaga online hanya berada di comfort zone dan secara tidak langsung telah rugi dalam beberapa aspek jika hanya berniaga di platform Facebook dan Instagram saja. Facebook dan Instagram lebih sesuai digunakan untuk marketing bisnes anda, bukan pusat bisnes anda. Hanya gunakan FB dan Insta sebagai punca trafik pelanggan ke website e-commerce anda.

  • Data pelanggan

Data pelanggan sangat berharga. Website e-commerce akan menyimpan semua data pelanggan anda. Dari data yang ada, anda akan mengetahui demografik pelanggan anda dan boleh gunakan data ini sebagai marketing pada masa hadapan. Contoh, anda ada produk baru, sekali blast ke database pelanggan anda, anda boleh dapat jualan yang tinggi pada masa yang singkat. Jika anda berniaga di FB dan Insta je, anda mungkin tidak menyimpan maklumat pelanggan anda. Jika simpan pun setakat untuk pos produk anda je.

  • Mudahkan pembayaran

Senangkan kerja anda dan jangan susahkan customer. Dengan website e-commerce, anda tak perlu lagi memberitahu setiap pelanggan anda tentang cara bayaran untuk membeli produk. Cara pembayaran yang automatik dan layan-diri lebih memudahkan pelanggan. Jika menggunakan FB dan Insta semata-mata, pelanggan anda dah lah kena pergi ke bank untuk depositkan bayaran, atau membuka online banking, lepas tu kena whatsApp anda lagi sebagai bukti bayaran. Anda pulak boleh pening sebab ramai sangat yang WhatsApp, itu belum cakap lagi kes tipu yang edit slip deposit bank kata dah bayar.

  • Bisnes selamat sampai bila-bila

Siapa boleh jamin FB dan Insta akan sentiasa ada? Dulu masa Friendster, itulah medan sosial internet terbesar, lepas tu dah tutup, sebab MySpace lebih menarik. Lepas tu MySpace pun dah jadi apa semenjak Facebook ada. Tidak dinafikan Mark Zuckerberg seorang yang inovatif dan bertanggungjawab menjadikan Facebook sangat menarik. Tapi kalau Mark Zuckerberg dah takde? So jika anda mempunyai portal bisnes online anda sendiri, tak kisahlah apa jadi kat Facebook atau Insta, anda tahu bisnes anda tetap selamat.

  • Uruskan katalog yang sangat besar

Website e-commerce membolehkan anda menguruskan produk katalog yang sangat besar. Anda juga boleh menambah bermacam-macam perkara menarik di kedai online anda. Contohnya diskaun harijadi, diskaun pembelian terpilih, email invois, resit secara automatik, memberi points kepada customer anda, menambah live chat dan lain-lain lagi.

Ecommerce

e-commercefbig

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hi, you can choose to chat with our representative below.

Live Chat With Us Now