Terdapat banyak kelebihan landing page, dan bila korang dah mula faham bagaimana landing page ini berfungsi pastinya korang rasa terkilan kenapa tidak gunakannya sejak dulu lagi.

Terdapat banyak kelebihan landing page, dan bila korang dah mula faham bagaimana landing page ini berfungsi pastinya korang rasa terkilan kenapa tidak gunakannya sejak dulu lagi.

Bagi korang yang masih belum cukup faham landing page itu apa, saya terang sikit bagi korang faham. Landing page merupakan single page yang menceritakan tentang produk korang dari mula, sehingga membuatkan pelanggan terus rasa nak beli dengan mudah.

Pelawat yang masuk berkemungkinan akan mengisi borang yang disediakan, muat turun maklumat yang mereka rasa penting, membuat pembelian atau mendaftar sebagai ahli.

“Call to action” yang diletakkan dalam landing page perlu gunakan perkatan yang menarik dan boleh meyakinkan pelawat untuk terus klik.

Di bawah ini korang boleh dapatkan 4 kelebihan landing page dan bagaimana ia berfungsi

Ayat Jualan Memujuk

Konten yang dimasukkan di dalam landing page hendaklah menggunakan ayat memujuk. Ayat jualan yang baik boleh memberikan prestasi yang baik. Setiap perkataan perlu direct kepada pelawat supaya tercapai matlamat yang telah dirancang.

Ayat jualan yang korang gunakan di landing page boleh dari bentuk surat, video atau kedua-duanya sekali dan perlu ada :-

Headline yang power – Ini untuk menarik perhatian pelawat dengan cepat

Ayat jualan yang terperinci – Terangkan segala kelebihan produk atau servis yang korang jual dan penyelesaian masalah yang pelawat hadapi.

Tawaran yang menarik – Pastikan pelawat kata “tidak” pada tawaran yang korang beri.

Testimoni dan review – Buktikan produk korang telah digunakan oleh pengguna lain dan disukai.

Direct “Call to Action”

Salah satu sebab landing page yang berkesan ialah bila “tanya tentang jualan”.

Pastikan CTA adalah direct dan tanya pelawat secara jelas tindakan yang perlu mereka ambil. Sebagai contoh “beli sekarang”, “daftar sekarang”, “muat turun sekarang” dan sebagainya.

Korang tidak akan dapat jualan sekiranya korang tidak tanya pelawat yang datang.

Automatik Follow-Up Emel

Mendapatkan maklumat untuk dihubungi adalah objektif yang penting di dalam landing page.

Bila pelawat berminat untuk bagi maklumat diri mereka kepada bisnes korang, masa ni korang kena gunakan peluang yang ada sehabis mungkin.

Kalau boleh korang tulis 6 jenis ayat emel untuk hantar kepada pelawat yang masuk secara automatik. Software landing page seperti GetRespond membolehkan korang hantar email kepada pelawat yang melanggan dengan korang.

Ikut korang sendiri nak hantar emel kepada pelawat korang berapa kali samada tiap hari, mingguan atau bulanan. Terserah kepada korang sendiri.

Testing A/B

Dengan landing page ini korang boleh test keberkesanannya samada berjaya menarik perhatian pelawat atau tidak.

Dengan test A/B, korang boleh test dua atau lebih landing page yang berbeza headline, imej, warna, cta dan sebagainya.

Ingat ! Matlamat korang adalah untuk dapatkan sebanyak mungkin pelawat yang berminat dengan mengklik butang CTA. Penambahbaikan elemen dalam landing page boleh meningkatkan jumlah pelawat dan secara tidak langsung bertukar menjadi pelanggan.

Ini antara kelebihan yang korang boleh dapat bila ada landing page. Rugi bila korang tidak gunakan sebaik mungkin landing page yang ada. Korang dah ada landing page belum? IWD ada menawarkan servis ini dengan harga yang berbaloi.

Uncategorized

landing page

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hi, you can choose to chat with our representative below.

Live Chat With Us Now