Dengan kemajuan teknologi dan internet, sekarang ni semuanya menjadi bertambah mudah. So anda rasa website penting tak untuk sesiapa yang ada bisnes online? Ok, mari saya bagitau kenapa anda perlu memiliki sebuah website.

 

1: Waktu Operasi

Laman web akan beroperasi selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Senang cerita non-stop operation. Berbeza dengan kedai atau pejabat, ianya hanya akan beroperasi ‘office hour’ sahaja. Paling lewat pun akan bukak sampi pukul 10 malam.

 

2: Branding

Ini sebab kenapa perlu website. Dengan adanya laman web sendiri, ianya lebih memudahkan untuk brandingkan bisnes anda. Sebab jika orang nak tahu maklumat, mereka hanya perlu layari laman web anda. Maklumat yang terkandung serta dipaparkan dalam website anda haruslah bertepatan dengan apa yang akan ‘deliver’ pada pelanggan / pengunjung.

 

3: Medium Pemasaran

Seperti yang sedia maklum, pemasaran sangat penting. Jika anda ada bisnes, anda boleh menjadikan laman web sebagai medium untuk melakukan pemasaran. Pada laman web boleh diletakkan cara untuk menghubungi anda. Bagi para pelanggan yang mungkin ada sebarang pertanyaan boleh terus bertanya. Pelbagai saluran untuk memudahkan perhubungan ini. Antaranya adalah email, telefon, whatsapp dan direct live chat terus dari laman web anda.

 

4: Design

Memang lumrah manusia akan sukakan sesuatu yang cantik. Jika kedai anda disusun dengan kemas dan teratur, ini akan menambahkan potensi pelanggan untuk membeli. Ia memerlukan ramai pekerja untuk mengubah susun atur. Ia juga akan melibatkan kontraktor jika perlu untuk mengubahsuai bahagian kedai. Kosnya juga agak tinggi. Bak Tetapi tidak bagi sesebuah website. Anda boleh mengubah susunan, design dan layout dengan mudah.Anda juga boleh mengikut trend terkini design laman web untuk memberi lebih impak kepada jualan anda.

Website

bisnes onlinebrandingdesignwebsite

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hi, you can choose to chat with our representative below.

Live Chat With Us Now