website

Website ini macam “namecard” anda. Ada cerita tentang syarikat anda, tentang produk anda, termasuklah maklumat untuk hubungi anda.

Dah masuk tahun 2019 ni, kalau anda masih tiada website memang betul betul ketinggalan zaman. Orang lain dah maju kedepan dan anda masih kebelakang. Cuba anda bergerak seiring dengan perkembangan teknologi zaman sekarang.

Kenapa orang bisnes perlu ada website?

Pengiklanan 24/7

Ia berfungsi sebagai online brochure dalam bisnes anda, mengiklankan produk atau servis anda 24/7. Dan yang paling utama adalah free cost!

Potensi Pelanggan Yang Besar

2.4 bilion orang mengakses website setiap hari. Website boleh meningkatkan peluang anda untuk mendapatkan pelanggan yang berpotensi dan database pelanggan yang berkualiti. Setiap kali anda bina konten bermanfaat, mudah untuk pelawat website anda share konten tersebut di media social. Makin hari makin bertambah pelawat ke website anda.

Bina Kepercayaan

Ia dapat membina kepercayaan terhadap bisnes yang anda jalankan. Dengan adanya website sendiri, ianya lebih memudahkan untuk brandingkan diri atau bisnes anda. Sebab jika orang nak tahu maklumat, mereka hanya perlu layari laman web anda.

Pengaruh Besar

Anda boleh jadi sebahagian besar world wide web dan mempengaruhi keputusan pelawat dan membuat mereka sedar tentang produk dan servis anda. Website adalah dimana semua maklumat mengenai perniagaan atau perkhidmatan anda boleh disampaikan secara terus melalui halaman web tersebut

Masa Untuk Bersinar

Anda boleh mempromosikan secara terbuka, show-off atau mengiklankan bisnes anda di website. Semua adalah tentang bisnes anda.

Lebih Pantas

Ia membantu mempercepat dan meningkatkan potensi pelanggan anda. Dengan adanya website, pelanggan dengan mudah search bisnes anda di internet. Tidak kira di mana mereka berada. Ia lebih jimat masa untuk jumpa prospek face-to-face dan tabur flyer di semua tempat.

Tiada Flagged Akaun

Kalau anda masih menggunakan fb ads dalam mempromosikan bisnes anda berkemungkinan akaun anda kena flag. Flag bermaksud akaun anda dibekukan, digantung, diblock dan diblaclist disebabkan iklan yang tidak dibenarkan dalam fb. Sekiranya anda menggunakan website, anda tiada lagi masalah flagged akaun. Sebab apa? Sebab website anda yang punya.

Platform Bekerjasama

Ia boleh jadi satu platform untuk bekerjasama dengan potential partner atau berkomunikasi dengan pelanggan dan sentiasa mendapat update terbaru.

Saluran Pemasaran

Internet telah buka dimensi baru untuk bisnes dan website berada di barisan hadapan. Ia merupakan saluran pemasaran yang sempurna. Terdapat banyak cara untuk membuat pemasaran melalui website.

Dalam website boleh letakkan maklumat untuk menghubungi anda. Pelanggan yang ada sebarang pertanyaan boleh terus bertanya. Pelbagai saluran untuk memudahkan perhubungan ini. Antaranya adalah email, telefon, whatsapp dan direct live chat terus dari laman web anda.

Khidmat Pelanggan

Anda boleh menyediakan tempat khidmat pelanggan di dalam website. Sediakan borang soal selidik, pertanyaan dan lain-lain untuk sebarang permasalahan yang ada.

Kekuatan Social Media

Website merupakan perkara pertama yang akan dilihat dalam bisnes online. Jadi dengan website, strategi penggunaan media sosial dan search engine, anda boleh war-warkan kepada prospek pelanggan.

Kawal Naratif

Anda boleh kawal naratif di website anda. Ia membolehkan anda beritahu cerita anda dan wujudkan public relation. Boleh paparkan banyak maklumat berkaitan produk, gambar dan testimoni.

Maju Dari Pesaing

Pesaing anda mempunyai website. Kalau anda tidak mahu kalah dengan mereka, anda perlu ada website. Website adalah cara yang baik untuk membolehkan anda bersaing di semua peringkat samada di Malaysia ataupun global.

Kedai 24/7

Bila ada website tidak perlu lagi letak tanda ‘closed for business’. Ianya akan beroperasi selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Senang cerita non-stop operation.

Berbeza dengan kedai atau pejabat, ianya hanya akan beroperasi ‘office hour’ sahaja. Paling lewat pun akan bukak sampi pukul 10. Lepas tu tutup. Sebab takde perkerja yang nak tunggu malam-malam. Lagipun takde orang yang nak datang beli barang lagi dah.

Google Senang Jumpa

Anda boleh muncul dalam Google search result dan tingkatkan keterlihatan bisnes anda dengan pelanggan yang berpotensi. Trend terkini menunjukkan ramai pengguna internet lebih suka mencari maklumat diatas talian, terutamanya melalui peranti mudah alih. Dengan itu bisnes atau servis anda perlu berada di hujung jari mereka supaya mudah di cari didalam sebarang enjin carian.

Website

bisneswebsite

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hi, you can choose to chat with our representative below.

Live Chat With Us Now