7 JENIS KESILAPAN EMAIL MARKETING YANG PATUT DIELAKKAN

 

Maklumat penghantar yang teruk

Pengguna kebiasannya akan lebih suka membuka email yang dihantar daripada orang sebenar. Jadi, anda mesti pastikan maklumat yang dihantar tidak akan menghilangkan mood penerima. Sebagai contoh, jangan menggunakan email mesej marketing yang menggunakan alamat penghantar seperti DoNotReply@yourdomain.com . Tiada cara yang betul untuk format maklumat penghantar tetapi cara yang salah untuk melakukannya itu ada.

 

Barisan subjek 

Anda mesti pastikan barisan subjek anda dapat menarik pembaca untuk membaca. Jika anda menggunakan barisan subjek yang terlalu formal, kenalan anda mungkin akan mula mengabaikan email anda. Ini kerana, barisan subjek yang formal adalah sangat membosankan.

 

Salinan yang membosankan

Salinan email yang membosankan adalah salinan yang kurang identiti. Jika anda baca draft salah satu email yang anda buat ianya seperti dibuat oleh robot, anda harus mengubah dan menaikkan tarafnya. Mereka akan mula melanggan dan teruskan membaca sekiranya email yang dihantar terasa seperti dihantar oleh orang sebenar, dan cara yang terbaik untuk melakukannya adalah dengan meletakkan sedikit identiti pada email yang dihantar.

 

Tertinggal informasi CTA (Call to Action)

Kebanyakkan email anda perlu ada CTA (Call to Action) tetapi anda perlu pastikan CTA anda betul dan tidak terlalu banyak dalam email.

 

Tidak menyemak

Anda perlu menyemak sekiranya terdapat kesalahan dalam email yang dibuat bagi mengelakkan anda digelak oleh penerima. Tiada masalah sekiranya terdapat pengunaan kata yang salah tetapi email yang tidak mempunyai kesalahan itu adalah lebih baik. Bila anda buat penyemakkan sebelum menghantar kesemua email, anda ada peluang untuk mencari kesalahan yang ada dan membuatkan diri anda lebih professional.

 

Mengambil pendekatan

Anda boleh segmenkan audience anda daripada lokasi sehingga tarikan produk. Dengan maklumat ini, anda boleh pastikan yang anda tidak menghantar email yang tidak relevan kepada pelanggan anda. Bila pelanggan hanya menerima email yang berkaitan dengan mereka sahaja, kebiasaan mereka akan teruskan disitu.

 

Cara yang tidak konsisten tidak akan berkesan

Kadar terbuka anda akan meningkatkan langganan yang akan mengiktiraf anda sebagai satu panel yang menghantar email yang bagus dan bukan sebaliknya. Cara yang terbaik adalah dengan menghantar email secara konsisten.

Email Marketing

call to actionctaemailemail marketing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hi, you can choose to chat with our representative below.

Live Chat With Us Now