Pengiklanan adalah cara paling mudah dan cepat untuk berkongsi mesej dengan orang ramai. Mari saya tunjukkan antara platform iklan yang terbaik.

 

FB ADS

Facebook Ads akan memberikan maklumat penting supaya kita mampu membuat iklan dengan baik. Facebook tahu banyak maklumat tentang setiap pengguna. Contoh, Facebook boleh memberitahu kita:

  • Berapa jumlah pengguna berumur 30 – 45 tahun yang sedang menggunakan Facebook di kawasan Selangor ketika ini.
  • Kita boleh pilih iklan dipaparkan kepada orang yang minat dalam topik-topik tertentu sahaja.
  • Kita boleh pilih mahu iklan disampaikan kepada orang yang menggunakan smartphone, desktop atau kedua-duanya sekali.

 

GOOGLE ADWORDS

Google adwords adalah platform iklan yang disediakan oleh google. Anda pergi ke google dan search “Baju Kurung Moden Terkini” dan tengok hasil carian yang pertama dan kedua, biasanya itu adalah iklan. Iklan di google adalah berdasarkan keyword yang anda tetapkan.

Bukan tu saja, ada juga website lain yang terlibat dengan Google Display Network. Google Display Network adalah iklan google yang dipaparkan di website yang bukan milik Google. Bayaran yang dikenakan adalah berdasarkan konsep PPC (Pay per click).

Kelebihan Google Adwords:

  • Conversion lebih tinggi, sebab biasanya prospek yang mencari di Google sudah bersedia untuk membeli.
  • Kos adalah berdasarkan klik, tidak perlu bayar jika tiada klik
  • Kos dicaj mengikut klik yang asli. Algortihm Google dapat mengesan jika ada yang tersalah klik atau orang yang sama klik iklan anda berulang kali. Jika situasi begini anda tidak dicaj.

 

NATIVE ADS

Native Ads adalah iklan yang tidak nampak seperti iklan dan kebiasaannya dalam bentuk kandungan. Contoh anda mempromosikan set berpantang kepada ibu, anda hasilkan artikel tips ibu berpantang dan guna Native Ads untuk tarik trafik ke artikel anda. Prospek akan nampak ianya sebagai artikel perkongsian dan bukan iklan. Mungkin di akhir artikel tu anda boleh letak sedikit iklan sebagai contoh:

“Jika ingin rahim kecut dengan lebih pantas, anda boleh dapatkan produk XXX. Klik link ini untuk dapatkan produk”

Kelebihan Platform Native Ads:

  • Prospek yang berkualiti sebab mereka yang klik adalah yang betul-betul berminat dengan kandungan anda.
  • Kos adalah berdasarkan klik, tidak perlu bayar jika tiada klik.

 

 

 

Uncategorized

adsfb adsgoogle adwordsnative ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hi, you can choose to chat with our representative below.

Live Chat With Us Now