Assalamualaikum wbt IWD Clans. Salam kasih dari saya coffee maker anda.

 

Pertamanya, kepada najihah, terima kasih kerana dari IWD baru menapak sehingga sekarang masih setia bersama. Ini yang kita panggil tak kenal maka tak cinta, dah kenal mula tergila-gila.

 

Kalau dulu Najihah ni atau lebih mudah disapa Jiha, seorang yang agak pendiam dan pemalu untuk memulakan bicara.

 

Namun, apa yang membuatkan hati saya kuat untuk memilih Jiha bersama saya adalah keyakinan jiha ketika berbicara bertentang mata bersama saya di Klang sana.

 

Dirapikan resume peribadi dengan kemas. Duduk nya di kerusi tegak tidak membongkok.

 

Matanya tepat memandang kepada para penyoal ketika itu, cara bercerita kerja-kerja sambilan yang pernah dilakukan dahulu membuatkan hati saya terpaut kuat dengan laku Jiha ketika itu.

 

Hanya terpaut pada tingkah dan laku sahaja. Tidak lebih dari itu. Saya sudah beristeri satu dan bakal menyusul yang ketiga pada julai ini. Doktor kata, hero juga.

 

Berbalik pada cerita Jiha, dari dulu seorang yang yang kosong dalam industri pemasaran digital, kini jiha semakin hari semakin berisi dengan ilmu dan pengetahuan yang cukup baik dalam perkhidmatan kita.

 

Saya yakin bila saat tibanya waktu, Jiha bakal menjadi seorang yang cukup mahir dalam menyampaikan kandungan-kandungan yang berkualiti dalam pemasaran digital ini.

 

Tak miskin berkongsi ilmu. Tak muflis berkongsi idea.

 

Kedua nya tidak saya lupakan, kepada Shima. Merangkap pengurus syarikat yang cepat belajar sepanjang berkhidmat bersama IWD.

 

Kalau dahulu shima banyak belajar tentang asas industri berat seperti bahan binaan, kos pembangunan dari skala kecil ke skala besar dan berbagai lagi yang terlibat, namun semua itu telah berubah semenjak Shima bersama IWD.

 

Sehingga ke suatu tahap, jika terlihat papan tanda mana-mana syarikat yang tidak letakkan URL website nya di situ, terus Shima spontan mengatakan, “Jom Naim. Kita propose dekat syarikat ni buat website”.

 

Haha. Saya ketawa di dalam hati.

 

Teringatkan memori saya dahulu nya yang sangat obses dengan kerja saya sehinggakan botol air mineral yang dibeli di mana-mana pasaranya saya akan ambil, saya bukan lihat pada kandungan air atau dari mana air itu dapat, tapi nak lihat sama ada di letakkan URL website atau tidak.

 

Jika tidak ada, terus di ambil no telefon syarikat tersebut dan hubungi untuk berkongsi tentang servis yang IWD tawarkan ketika itu.

 

Jika URL website telah diletakkan di pembalut botol itu, saya terus layar website berkenaan untuk lihat sama ada responsif atau tidak website itu.

 

Itulah obsesnya saya dari dulu sehingga kini. Shima dah duplikasi nya semula. Syabas!

 

Ketiga Ijmal Akbar. Akbar. Ya nama nya memang ada Akbar (Maha Besar. Hanya untuk Allah). Begitu unik bukan?

 

Teringat saya 49 hari sewaktu bersama dahulu. Nak makan dengan rakan-rakan yang lain pun malu. Kalah wanita ayu.

 

Alasan cliche nya, “Ijmal turun bawah tengok-tengok hampa takda dah” . Ini lah ulang siar alasan untuk mengelakkan makan bersama kerana segan nya itu cukup ketara.

 

Satu-satunya pasukan IWD yang menyertai kami tanpa temuduga. Dahsyat sungguh kabel nya.

 

Apa boleh buat, 4 bulan punya engagement yang dibuat dengan saya melalui perbualan utama bertanyakan tentang plugin website yang saya jual di messenger, sehingga saya senang untuk bersetuju mengambil beliau menyertai IWD.

 

Boleh ambik iktibar kepada mereka yang mahu menyertai sesebuah pasukan. Get engage dengan orang dalam 4 bulan awal, kelak anda dapat lah sertai tanpa sebarang temuduga. Kahkah.

 

Sehingga hari ini saya masih tak boleh lupa segala komitmen yang telah beliau curahkan sepanjang bersama IWD.

 

Seorang yang cukup disiplin dengan dateline, seorang yang cukup agresif dalam menyuarakan idea pemasaran, seorang yang cukup berkebolehan dalam menyiapkan tugasan walaupun luar dari bidang kemahiran nya.

 

Apa yang saya boleh kata? Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Saya mendapat pasukan yang cukup padu!

 

Dan yang terakhir, kepada Nas, Naz dan Afham, selamat datang ke IWD. Mungkin ini ‘Selamat Datang’ yang ke empat saya ucapkan. Entah. Saya pun lupa berapa banyak welcome yang telah saya tuturkan.

 

Mengapa tuhan aturkan Nas dan Naz ini bersama IWD pun saya tidak jelas jawapan nya lagi.

 

Mungkin ada sesuatu yang ‘Kembar Nama’ ini bakal sumbangkan kepada IWD mana kita tahu.

 

Kerana, kedua mereka ini padu pengalaman kerana pernah berkhidmat dengan syarikat gergasi dan kini memilih bersama IWD.

 

Afham, boleh saya katakan sama wataknya seperti Thanos.

 

Jika Thanos ada 6 batu untuk mengawal segalanya, Afham memiliki 6 kemahiran seperti grafik, ilustrasi, web design, video editing dan copywriting yang amat baik.

 

Bagaimana beliau berjaya mahirkan sehingga 6 skill itu yang menjadi tanda tanya saya.

 

Ini pasti ada sesuatu sumbangan yang cukup dahsyat yang bakal beliau sumbangkan kepada pelanggan-pelanggan IWD.

 

Jujur dari hati saya, saya tidak pernah menilai berapa lama kalian bersama IWD.

 

Yang saya nilaikan komitmen kalian dan sejauh mana kefahaman kalian pada visi dan misi IWD untuk 5 tahun akan datang.

 

Dari pemahaman kepada misi dan visi IWD, baru kalian akan satu kepala dengan saya. Merangkakan idea yang padu untuk mendapatkan hasil yang jitu.

 

Ingat, biar sampai orang fikir mana tempat untuk mereka cari trusted Digital Marketing Agency, mereka akan ingat IWD.

 

Ini misi kita.

 

Pelanggan semakin bertambah. Pasukan pun akan semakin bercambah.

 

Boleh saya katakan, anda semua adalah Head of Department yang akan merangka struktur department masing-masing bagi memastikan operasi kita berjalan lancar, dan pelanggan semakin berpuas hati dengan servis yang ditawarkan.

 

Ini visi kita. Panjang betul. Biarkan. Asalkan ianya jelas pada pemahaman. Moga kalian jelas.

 

Semoga servis Salesman Website, Branding Identity Website, Shopping Website dan Branding Email Account akan disertai dengan lebih ramai oleh pemilik-pemilik bisnes di Malaysia.

 

Kerana kita yakin semua servis ini amat membantu untuk mereka menambah lagi saluran pemasaran, dan membina kedudukan pemasaran yang lebih kukuh dalam industri bisnes online ini.

 

Cukup sehingga ini dahulu. Salam Sejahtera dari saya.

 

Uncategorized

Inspirasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hi, you can choose to chat with our representative below.

Live Chat With Us Now